TUGAS KELOMPOK VI
Nama Anggota Kelompok : 1.
AYU PUNKI K ( 33209951 )
2. TRIO SUTRISNO ( 34209473 )
3. FENTY DWI Y ( 33209118 )
4. SITI RAHMAWATI ( 31209652 )
5.FENDY
PERANAN KOPERASI
Peranan Koperasi
Oleh : Abdul Aziz Mohamad Yunus
Matlamat kerajaan membangunkan gerakan koperasi sebagai penyumbang ketiga terbesar pembangunan ekonomi dan sosial negara akan terlaksana sekiranya pihak yang terlibat menggembleng tenaga bersatu padu dan membentuk persyarikatan yang besar dan berdaya saing. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebang-saan Malaysia Berhad (ANGKASA) serta agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan boleh merealisasikan hasrat dan matlamat ini sekiranya pendekatan yang diambil bertepatan dengan tujuan tersebut.
Koperasi berperanan membantu menjana perkembangan ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat menaikkan taraf hidup pendu-duk luar bandar. Ini akan terlaksana sekiranya anggota koperasi meng-ambil langkah strategik dengan mengembangkan aktiviti perniagaan melalui penglibatan secara lebih aktif dalam mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan keusahawanan mereka.
Perancangan koperasi mengadakan program pemadanan perniagaan (business matching) dengan sektor swasta antara strategik yang ber-kesan di mana program ini dilihat mempunyai potensi daya saing yang tinggi dan mampu meneroka bidang perniagaan yang lebih besar dan berdaya maju. Dalam masa yang sama ianya juga dapat meng-integrasikan pem-bangunan koperasi dengan bidang-bidang keusaha-wanan yang lain seperti program francais dan vendor, pembinaan atau per-hebatkan rangkaian pemasaran koperasi.
Kerjasama sebegini mengun-tungkan kedua belah pihak kerana di pihak koperasi boleh membantu melalui modal, kekuatan keang-gotaan, jaringan serta saiz pasaran yang luas manakala pihak swasta pula dapat menyumbang dari segi kepakaran, pengalaman dan imej yang baik yang dimiliki olehnya. Bentuk kerjasama terbaik yang boleh diperhatikan adalah seperti projek perintis ternakan lembu yang dilakukan secara feedlot. Usaha ini yang diterajui oleh Syarikat PEMKOP Livestock Sdn. Bhd. iaitu syarikat usahasama antara koperasi dan sebuah syarikat swasta yang melibatkan 12 buah koperasi pen-ternak dengan memberi fokus kepada aktiviti pemasaran daging dan perusahaan hiliran seperti barangan berasaskan kulit, baja dan organ lembu.
Melalui program francais dan vendor pula ianya dilihat mempunyai potensi yang cerah dalam pelaburan. Sebagai contoh melalui penglibatan francais pemotoran yang menghendaki membuka kedai motosikal, pemasaran aksesori, penyelenggaraan motosikal atau menjadi vendor pemasangan tayar kereta. Ini boleh menggalakkan lebih banyak koperasi menceburi bidang ini.
Adalah diketahui bahawa gerakan koperasi telah bertapak lebih dari 80 tahun di negara ini. Walaupun telah berkembang luas dalam pelbagai sektor tetapi masih ada lagi ruang kekosongan yang perlu diisi dan ini boleh membantu sesuatu koperasi memainkan peranan yang dominan dalam sesuatu sektor atau industri. Keadaan ini jauh sekali berbeza dengan gerakan koperasi di negara lain yang mana Norway contohnya koperasi tenusu bertanggungjawab menghasilkan 99 peratus daripada jumlah pengeluaran susu negara berkenaan dan di rantau Asia seperti Jepun, koperasi-koperasi asas tani mereka mempunyai pengeluaran melebihi USD$90 bilion. 91 peratus petani di Jepun adalah anggota koperasi. Ini berlaku adalah kerana mereka ini mempercayai akan kekuatan dan keupayaan bekerjasama dalam menjayakan kepentingan bersama.
Menyedari akan gerakan koperasi di negara ini memiliki kekayaan sumber dalam berbagai bentuk, maka usaha untuk menjadikan sektor koperasi sebagai penjana pertumbuhan ekonomi Negara perlu diberi perhatian yang serius. Koperasi tidak boleh lagi dilihat sebagai institusi peminjam wang semata-mata tetapi harus dilihat sebagai satu entiti yang dapat membantu anggota-nya mengatasi kemiskinan dan beban kos hidup yang tinggi. Penglibatan petani, peniaga dan pengusaha kecil dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh koperasi contohnya, bukan saja membolehkan mereka memasuki ke pasaran dengan lebih mudah tetapi boleh membantu mereka mengusahakan aktiviti ekonomi dalam skala yang lebih ekonomik, dengan kos yang lebih rendah dan pulangan yang lebih tinggi. Contohnya skim mikro-kredit seperti Ar-Rahnu yang boleh mambantu memastikan sistem kewangan memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat. Skim ini juga mampu mengurangkan kadar kemiskinan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk golongan miskin dan yang berpen-dapatan rendah.
Selain dari itu, koperasi juga berperanan menambah baik usaha-usaha bagi melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), perancangan fasa kedua di bawah RMK-9, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan koperasi yang perlu ditingkatkan.
Pemimpin dan pengurus generasi alaf baru dalam koperasi juga seharusnya memiliki ciri dan semangat keusahawanan (Entrepreneurial Spirit) yang tinggi dan menitikberatkan nilai tambah dari sudut kualiti atau ‘value for money’ dalam setiap produk dan perkhidmatan yang diberikan. Dalam merealisasikan ciri dan semangat ini seharusnyalah mampu membentuk satu paduan anggota koperasi yang berilmu (knowledgable members) yang memberi penekanan sepenuhnya kepada budaya pembelajaran yang berterusan. Dalam masa yang sama apabila perkembangan persekitaran yang dinamik dan kompetitif berlaku, generasi baru juga perlu mengenal pasti pendekatan dan strategik yang betul seperti menceburi sektor ekonomi berskala (economics of scale) yang besar atau sektor pengeluaran yang berinovatif dan berkualiti.
Koperasi juga mampu membentuk pakatan strategik (strategic alliance) atau penggabungan (merger) di antara koperasi dengan koperasi atau koperasi dengan swasta yang boleh membantu anggota koperasi menangani keperluan modal dan teknologi. Kaedah ini telah lama dilaksanakan di negara-negara maju seperti di Jepun dan Korea yang menunjukkan bahawa pakatan strategik adalah ‘the way forward’ dan dapat menyesuaikan koperasi dalam konteks pasaran semasa dan persekitaran yang kompetitif. Melalui pakatan ini juga dapat mengurangkan kos transaksi dengan lebih mudah, pemantapan kemahiran, pengukuhan rantaian aktiviti ekonomi serta penggunaan sumber yang lebih efisien. Malah ianya juga dilihat sebagai batu loncatan (stepping stone) kepada penggabungan (merger), pengwujudan dan per-tumbuhan koperasi menengah (se-cond-tier co-operatives) yang lebih kukuh dan berjaya.
Kesimpulannya melalui usaha dan perancangan koperasi yang rapi tak mustahil negara kita boleh muncul sebagai negara dunia ketiga yang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar dan tidak secara langsung menjana pertum- buhan ekonomi negara.
1. Tujuan, Fungsi dan Peranan koperasi Indonesia
Bagian Kedua, Pasal (3) UU No. 25 Tahun 1992 tentang Perkoperasian,
tertuang tujuan koperasi Indonesia seperti berikut :
“Memajukan kesejahteraan anggota pada khusunya dan masyarakat pada
umumnya serta ikut membangun perekonomian Nasional dalam rangka
mewujudkan masyarakat yang maju, adil, dan makmur berlandaskan
Pancasila dan Undang-undang Dasar 1945”.
Sedangkan di dalam Pasal (4) UU No. 25 tahun 1992 diuraiakn fungsi dan
peran koperasi indonesia seperti berikut :
a. Membangun dan mengembangkan potensi dan kemampuan ekonomi
anggota pada khusunya dan masyarakat pada umumnya untuk
meningkatkan kesejahteraan ekonomi sosial.
b. Berperan serta secara aktif dalam upaya secara aktif dalam mempertinggi
kualitas kehidupan manusia dan masyarakat.
c. Memperkokoh perekonomian rakyat sebagai dasar kekuatan dan
ketahanan perekonomian nasional dengan koperasi sebagai sokogurunya.
d. Berusaha untuk mewujudkan dan mengembangkan perekonomian
nasional yang merupakan usaha bersama berdasar atas asas
kekeluargaan dan demokrasi ekonomi.
Sebagai satu lembaga ekonomi yang berwatak sosial dalam undang-undang nomor 25 tahun 1992 dinyatakan bahwa koperasi berperan sebagai berikut :
a. Wadah pendidikan bagi para anggotanya karena peningkatan dan
perkembangan lembaga itu sangat ditentukan oleh meningkatnya
pengetahuan, keterampilan, sikap perilaku dan motivasi dari para
anggotanya.
b. Wadah pelestarian dan pengembangan positif terhadap nilai-nilai
kekeluargaan dan kegotong-royongan para anggotanya.
c. Wadah pengembangan kegiatan ekonomi para anggotanya.
d. Wadah penghimpunan dan pengemban potensi para anggotanya menjadi
satu kekuatan swadaya yang selanjutnya menjadi kekuatan penggerak
bagi pertumbuhan selanjutnya.
Selain itu koperasi juga berperan dalam rangka pengembangan ekonomi bangsa Indonesia yang dirumuskan sebagai berikut :
1. Mempersatukan, mengarahkan dan mengembangkan daya kreasi, daya
cipta serta daya usaha rakyat, terutama bagi mereka yang terbatas
kemampuan ekonominya.
2. Koperasi bertugas meningkatkan pendapatan dan menimbulkan
pembagian yang adil dan erat atas pendapatan tersebut.
3. Koperasi bertugas mempertinggi taraf hidup dan kecerdasan bangsa
Indonesia.
4. Koperasi berperan aktif dalam membina kelangsungan perkembangan
demokrasi ekonomi. Koperasi berperan aktif dalam menciptakan atau
membuka lapangan kerja baru. (Kartasaputra, G.,1989 : 4).
Walaupun demikian, kenyataan menunjukkan bahwa koperasi belum
sepenuhnya mampu untuk menjalankan peranannya secara optimal. Hal
ini disebabkan karena masih adanya hambatan struktural dalam
penguasan faktor produksi terutama permodalan.
PERANAN KOPERASI DI NEGARA YANG SEDANG BERKEMBANG
Pembentukan organisasi koperasi yang mandiri dan otonom telah diterima dengan alasan-alasan sebagai berikut :
1. Organisasi koperasi relatif terbuka dan demokrasi, mempunyai
perusahaanyang dimiliki bersama dan dapat mewujudkan keuntungan
keuntungan yang bersifat social/ekonomis dari kerja sama bagi
kemanfaatan para anggotanya.
2. Melalui pembentukan perusahaan yang dimiliki secara bersama, para
anggota memperoleh peningkatan pelayanan dengan pengadaan secara
langsung barang dan jasa yang dibutuhkannya atas dasar persyaratan
yang lebih baik dibandingkan dengan yang diperoleh di pasar umum atau
disediakan Negara.
3. Stuktur dasar dari tipe organisasi kopersi yang bersifat social ekonomis
cukup fleksibel untuk diterapkan pada berbagai kondisi social ekonomis
tertentu.
4. Para anggota yang termaksud golongan penduduk yang social
ekonominya “lemah”, dapat memanfaatkan sarana swadaya yang
terdapat pada organisasi koperasi untuk memperbaiki situasi
ekonomi/sosialnya, dan untuk mengintegrasikan dirinya dalam proses
pembangunan social ekonomis.
Usul-usul mengenai peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi
social Negara-negara yang sedang berkembang, Konferensi Umum
Internasional Labour Organization dan International Labour Office, melalui Rekomendasi 127 yang menyatakan dengan tegas, bahwa :
1. Pembentukan dan pertumbuhan kopersasi harus merupakan salah satu
alat yang penting bagi pembangunan ekonomi, social, dan budaya, serta
kemajuan manusia di Negara-negara sedang berkembang.
2. Secara khusus, kopersai harus dididrikan dan dikembangkan sebagai
sarana :
a. untuk memperbaiki situasi ekonomi, social, dan budaya, dari mereka yang
memiliki sumber daya dan kesempatan yang terbatas, demikian pula
untuk mendorong semangat mereka untuk berprakasa.
b. untuk meningkatkan sumber daya modal pribadi dan nasional melalui
usaha-usaha yang mengarah kepada pembentukan simpanan,
menghilangkan riba dan pemanfaatan kredit secara sehat.
c. untuk memberikan kontribusi kepada perekonomian melalui peningkatan
langkah-langkah pengawasan secara demokratis atas kegiatan-kegiatan
ekonomi dan atas pembagian hasil usaha secara adil.
d. untuk meningkatkan pendapatan nasional, penerimaan ekspor dan
penciptaan lapangan kerja dengan memanfaatkan sumber daya secara
penuh.
e. untuk memperbaiki kondisi social, dan menunjang pelayanan social
dibidang-bidang seperti perumahan, kesehatan, pendidikan, dan
komunikasi.
f. untuk membantu meningkatkan pengetahuan umum dan teknik dari para
anggotanya.
3. Pemerintah-pemerintah, Negara-negara sedang berkembang agar
merumuskan dan melaksanakan suatu kebijakan yang memungkinkan
koperasi memperoleh bantuan dan dorongan yang bersifat ekonomi,
keuangan, teknik, hokum atau yang lain, tanpa mempengaruhi
kemandiriannya.
4. a. Dalam menerapkan kebijakan semacam itu peril dipertimbangkan
kondisi-kondisi ekonomi dan social sumber daya yang tersedia dan
peranan yang dapat dimainkan oleh koperasi dalam pembangunan
Negara yang bersangkutan.
b. Kebijakan itu perlu diintegrasikan kedalam rencana pembangunan
sepanjang hal itu sesuai dengan cirri-ciri pokok koperasi.
5. Kebijakan itu perlu selalu ditinjau dan disesuaikan dengan perubahan
perubahan kebutuhan ekonomi dan social, dan dengan kemajuan
teknologi.
6. Gerakan koperasi perlu dilibatkan dalam perumusan dan jika mungkin
dalam pelaksanaan pembangunan social/ekonomi.
a. Pemerintah yang bersangkutan sebaiknya melibatkan kopersi atas dasar
yang sama seperti organisasi-organisasi yang lain dalam perumusan
rencana ekonomi nasional dan tindakan-tindakan pada umumnya.
b. Seperti yang ditetapkan dalam pasal 7 dan pasal 9, ayat ( 1 ) yang
merekomendasikan bahwa kopersi perlu memiliki kewenangan untuk
mewakili kepentingan koperasi anggotanya baik ditingkat local, regional
maupun ditingkat nasional.